Pages

Friday, May 25, 2012

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra, Putrajaya. Dipolah dalam tahun 1997, boleh nempat 15000 jemaah.

Tok adalah anak-anak Mohammed Bin Awad. Apakah kaitan korga tok dengan Masjid Putra?


Company korga Mohammed Bin Awad antara yang bertanggungjawab polah Masjid Putrajaya.

Kuala Lumpur International Airport, Sepang.Company korga Mohammed Bin Awad juak antara company yang polah KLIA. Nang boleh tahan juak company sidak tok. Banyak projek sidak lain.

Projek pembesaran Masjidil Haram, Mekah pun company sidak yang polah. 
Taukkah sapa nama penoh Mohammed Bin Awad?

Mohammed Bin Awad Bin Ladin adalah nama penohnya. Tauk udahkah sapa sidak tok?

Osama bin Ladin. Nama sepenoh-penohnya, Osama bin Mohammed bin Awad bin Ladin. Dipadah urang nya tok terrorist, di mata urang lain, nyetok adalah hero. Sanggup ninggal segala macam nikmat dunia, ninggal kekayaan, ninggal korga sebab maok berjihad. Osama bin Ladin tok adalah anak Mohammaed bin Awad yang ke 17 daripada 54 urang anak. Nang subor menarlah owh??

Dapat diatkah giney rupa Osama Bin Ladin waktunya gik nemiak? Dapat diat nak? Goooood.
Sekian, sharing is caring.

Read more ...

Thursday, May 24, 2012

Negatif

Diat ya. Apa yang dapat kita diat? 

Aku tanyak lagik. Apa yang dapat kita diat?

Kita dapat diat 'dot' itam. Betol sik? Nok ya yang akan kita diat dolok.

Waima sebenarnya, bukan 'dot' ajak yang ada, sedangkan rona puteh yang jaoh banyak lagik banding dengan 'dot' tek. Tapi, perangei manusia, kita sik diat benda ya puteh, tapi kita diat 'dot' dolok. Sama macam realiti kehidupan kita, manusia marhaen kedak Peah, Jompot, Seman, Leman akan senantiasa diat benda jaik sebelom diat benda yang bagus. Benda nok kecik jaik ya akan nampak dolok sedangkan banyak benda bagus, yang kita sik perasan, or eksen indah mata kita sik perasan diat. 

Kedak Siti Saleha. Gigi renab ya juak didiat urang dolok koh.

Siklah urang tauk, Siti Saleha ya bait alu dengan orang tuanya.

Kedak Siti Nurhaliza. Daie luguk ya juak didiat urang dolok.

(Image courtesy of Budiey)
Siklah urang tauk, Siti suka polah amal kebajikan.

Siklah urang tauk, Siti ya rajin ngaji. Yarabi, Siti bait alu jak kitak. Nengar sik kitak Siti? Kitak bait tauk sik kitak Siti? OOoo Siti, dengar sik urang muji tok? Kitak bait, kitak tauk sik Siti? Nengar sik Siti?
(Siti dengar le nieeee)
*Ahahahaha*

(Sila klik: Siti Nurhaliza)

Kedak Rozita Che Wan. Selalu urang diatnya, makey seksi cemya, penin mata urang laki diat bah.

Siklah urang tauk, Rozita Che Wan ya rajin polah amal kebajikan. Nyapik nemiak anak yatim makan. Alhamdulillah.

Kedak Neelofa bah. Pipi tembam kedak pau kachang ya juak didiat urang dolok koh. 

Siklah urang tauk, bukan senang Neelofa men-tembam-kan pipinya. Diat yaa, banyak usaha daripada Neelofa untuk men-tembam-kan pipinya seperti bangun tengah malam, masak roti telor lapan karong, makan laksa 3 mangkok setiap ari, makan satey kulit 18 cucok dan macam-macam lagiklah.
(Oiiiiiii, bulak gilakkkkk cemyaa)
*Ahaha*

(Sila klik: Pipi Tembam)

Kedak Enot bah.Waima tang kedak Minnie Mouse jak rupanya, dengan spek-besar-kedak-mata-lalat cemya, dengan pipi berpupor, jungor mirah jak berbicu, sekpa, at leastnya coba nutup aurat bah nak?
(Aoklahhhh, cemyalah urangg. Boh miker negatif ajak, piker positif)
*Aok, mena ya kohh*
Read more ...

Friday, May 4, 2012

Dunia

 Berapa juta tahun dah umor dunia kita tok? Wallahuallam. Sik dapat dijawab oleh manusia marhaen seperti kau, aku, Peah, Jompot, Seman ataupun Leman. 

Kehidupan duniawi kita, sik kira, pegi sekolah, pegi kelas, pegi keja, pegi enjoy, nang amat best. Tapi, kadang-kadang, kita tok, alpa gilak. Sik sedar masa udah berlalu, sik sedar dirik udah berumor.

Kadang-kadang tersedar, paduhal, udah bulan May paduhal. Macam baruk sekejap jak, lalu udah tengah tahun. Coba ingat balit, bila hari senin? Macam ari marek nak? Waima sebenarnya, marek adalah hari khamis. Coba ingat balit, bila kita pegi sekolah? Macam marek nak? Samalah macam dengan dunia kita. Macam-macam udah berlaku, sama ada kita ambik peduli or nisik jak.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.

Aku tadik, teringat dengan hadis tok, koman dibaca, tapi sekadar dibaca, kita sik gago ambik peduli. Sebab? Kita selalu berpiker, bahawa kita tok bukanlah manusia yang disebut dalam hadis ya. Umat akhir zaman. Kita  berpikiran, kita bukanlah umat akhir zaman, sebab perang besar belom terjadi, Dajjal Al-Masih belom lagik keluar. Adakah benar belom keluar? Wallahuallam.

Tentang hadis ya tek, aku tadik terdiat gambar tok nok diambik di Barcelona, Sepanyol.

Nang beradu asmara di tepi jeraya lah?

Nangg jak. Tanpa berasa supan, didiat urang kerek-kanan. Sikkah benar apa dipadah dalam hadis tek?
Aku ulang balit, apa hadis tadik.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.

Adakah kita rasa bahawa bukan kita tok umat akhir zaman yang disebut ya? Adakah bukan kita, umat yang akan diat tanda besar akhir zaman kelak? Bukan mata kita diat kelak? Aku teringin maok jawab dengan konfiden bahawasanya bukan generasi kita yang sempat diat. Bukan kita, nang bukan, 

Tapi.............malangnya, aku sik konfiden langsong. 

Read more ...

Sunday, April 29, 2012

Meowww

"Meowww" Camyalah bunyi pusak ngigo. Oii, nyaman na juak tido ya nyeng?

Tadik aku makan di kafe, tertemu pusak tido. Lelah jak ngentak kaki pasya aku nerais rah telinganya saknya terkejut, tapi usaha aku sia-sia. Pusak ya peng. Nyaman gilak tido. Nang sekda efek eh.

Aku terpiker, pusak bermimpi sik munnya tidor? Apa dimimpinya? Apa dingigonya owh?

Mungkinkah pusak ya bermimpi gitok? Bangun, terus banyak makanan cemtok?

Mungkinkah pusak ya tengah diet, nya mimpi pasal sayor?
(Oiiii, pusak sekda makan sayorr)
*Aihh, sekda kahh? Haha*

Mungkinkah pusak ya gembira dalam mimpi, kerek-kanan ada jak ikan ngarey sia-sitok?

Mungkinkah pusak ya mimpi, nya tengah bersosial dengan rami pusak-pusak yang lain?

Mungkinkah pusak ya mimpi nya makan sampey perutnya bubus? Gembiralah kau tek nyengg?
(Tandahlah nya mimpi cemyaa)
*Aok ehh, tandah jak bahh*

Mungkinkah pusak ya mimpi burok diriknya buntuk camtok? Kau patut diet nyeng. Seriousss!
(Oiii, sekda faedah kau miker apa dimimpi pusak oii)
*Aok ehh, sekda faedah. Haha*

(Sila klik: Pusak)

Read more ...

Monday, April 23, 2012

PTPTN

(Image courtesy of PTPTN)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN. Isu nok hangat kinek tok.

Mun Pakatan Rakyat dapat jadi kerajaan, PTPTN dihapuskan. Pendidikan pree, dari sekolah rendah sampeylah ke universiti. Mun urang yang udah bayar bertaun-taun? Mungkin boleh nageh duit balit? 

(Image courte of anwaribrahimblog)
Aih? Biar benar alu kecut perut? Nebes juak maok maca tajuk artikel nok ya tek. 

Antara nok benda boleh nyuruh perot PM kecut perut, pendidikan percuma. Free education. Antara contoh adalah di Turki. Aku macam biasa, itok asa maok tauk. Nang bercarik juak perihal free education di Turki. Teruslah bercarik perihal tok dalam internet tek.

(Courtesy of Education in Turkey)
Dalam wikipedia. Macam sekda jak free education di Turki tek owh. Sekpa, google lagiklah.


(Courtesy of hurriyetdailynews)
Tertemu news tok. Ehh? Kenak sampey kenak tangkap student di Turki nun. Sampey kenak tangkap tegal mintak pendidikan percuma. Bukan di Turki nun memang diberik pendidikan percuma tek kah? Konfius aku.

13 Mei 1997, PTPTN ya dibahaskan di dalam parlimen Malaysia. Sapa Menteri Pelajaran owh?

Jadi, Dato' Seri Najib lah Menteri Pelajaran waktu ya? Hmm. Jap lok, sapa berkuasa waktu ya?

Didiat dari hierarki, Datuk Seri Anwar ya Timbalan Perdana Menteri. Mun diekot, nya boleh over-ruled cadangan dari Menteri lain termasoklah dari Menteri Pendidikan, sebabnya berkuasa waktu ya.
(Courtesy of Parlimen)


13 Mei 1997, PTPTN dibahaskan di Parlimen, Tun Dr. Mahathir pegi bercuti 2 bulan, berik kuasa Perdana Menteri ngan Datuk Seri Anwar Ibrahim start dari 19 Mei 1997. Mun dah memangkuk jawatan Perdana Menteri, maksudnya memang berkuasa maok polah something pasal PTPTN. 

Jadi, kenak kinek tok? Dolok waktu berkuasa penoh memangkuk Perdana Menteri, kenak sik polah something? Antara orang yang meluluskan rang PTPTN ya, adalah diriknya pun. Jadi, apalah erti perjuangan maok ngapus PTPTN tok? Untok ngapus benda yang dilulus dirikpun? Macam ney ya bah?

Jadi, perut kecut kah nisik tek? Coba kubit lokkk.

Dari mala berkelaie mulut, bersusey jak-jak, bagus dudok sama-sama. Miker macam ney sorang boleh merik idea, sorang boleh merik pendapat, nak tok sik bagus dipolah, bagus polah camtok. Nak nun bagus dipolah, nak tok bagus pakey rakyat. Sama-sama bah negara tok kita empun. In the end, dalam kubor kelak, sikkan ke siney kuasa yang dimaok ya. Kelak ujong ditanyak kelak, amanah kah nisik. 

Jangan lupak, waktu Umar bin Abdul Aziz diangkat jadi Khalifah, nya nangis sehari-hari. Waktu ditanyak bininya, kenaknya nangis macam ya, kenaknya sedeh gilak walhalnya diangkat jadi Khalifah.

Umar nyawab 

"Sesungguhnya, aku telah diangkat untuk memimpin urusan umat Nabi Muhammad SAW. Aku termenung memikirkan nasib fakir miskin yang kelaparan, orang-orang sakit yang tidak boleh diubati, orang-orang yang tidak mampu membeli pakaian, orang-orang yang selama ini dizalimi dan tidak dibela, orang-orang yang mempunyai keluarga yang ramai tapi hanya memiliki sedikit harta, orang-orang tua yang tidak berdaya, orang-orang yang ditawan atau dipenjara, serta orang-orang menderita di pelosok negeri ini. Aku sedar dan memahami bahwa Allah SWT pasti akan meminta pertanggungjawabanku berikutan amanah yang aku pikul. Namun, aku bimbang tidak sanggup memberikan bukti bahawa aku telah melaksanakan amanah ini dengan baik sehingga aku menangis"

Jadi, apakah nak direbut gilak kuasa ya bah. Lagik banyak tanggungjawab kelak, ditanyak, kongang nisik berjawab di SINUN kelak. Mun rasa kongang nyawab kelak, ya gohet ajak :)

Jadi, perihal PTPTN tok tek. Mun setakat maok ngurang or ngapus service charge yang membebankan, sekda masalah. Tapi maok mansoh PTPN? Bagus kitak urang demonstrate suroh nemiak belajar rajin-rajin sampey CGPA 3.5 or first class honour degree. Jadi, sik perlulah bayar PTPTN balit. Maok benda free? Kuss ssemengat. Berutang dengan PTPTN gik sik turun kelas, fail, repeat paper jak-jak. Bahh, mun kita tok diberik free education? Macam ney lah kelak? Masok public toilet gik perlu berbayar beberapa posen eh. Haish. Giney gaya kita tok. Dimanjak gilak.

Naktok bagus dibaca 

ps: "If you want to improve politics, improve the rules, improve the structure. Don't expect politicians to behave differently. They behave according to their interests" - James Buchanan.

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...